Kawan sekolah menengah ku dulu namanya Amani (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru sekolah rendah mengajar di bandar K, Selangor dan berstatus janda anak dua. Kisahnya bermula apabila saya memperkenalkan dia kepada abang ipar yang merupakan seorang duda anak dua.
Pada mulanya, Amani menolak abang ipar disebabkan belum sedia untuk hubungan serious dan masih trauma dengan kisah rumahtangga sebelumnya.

Suami meminta akaun Facebook dan nombor telefon Amani, aku fikir itu untuk hubungan perkenalan biasa dengan bakal kakak iparnya.
Sejurus sebelum hari merisik, Amani tiba-tiba buat hal dan tidak mahu majlis merisik diteruskan. Namun abang ipar bertegas untuk meneruskan rancangan asal.

Sepatutnyanya pada hari tersebut Amani akan sampai ke rumah orang tuanya, namun batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Hajat abang ipar disampaikan kepada orang tua Amani dan cincin ditinggal kepada keluarganya.
Aku pula jalani kehidupan harian seperti biasa, namun… pada suatu hari aku terlihat secara tidak sengaja log call nombor yang sama berulang kali dan tesenarai dalam favorite number hp suami.
Setiap hari suami ku akan dibekalkan dengan gambar-gambar menghairahkan separuh bogel, sebelum dia pergi bertugas di sekolah. Tiada maruah dan jijiknya aku melihat tindakan Amani yang sangat terdesak mengoda lelaki dengan kata-kata manja dan gambar lucahnya.
