Dua pelajar sekolah menengah berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis di Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang, Khamis lalu. Dua pelajar itu dilaporkan ditangkap kerana merogol seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.



Menurut Lobak Merah, kes rogol itu berlaku 3 bulan lalu, namun insiden berkenaan mula diketahui pihak berkuasa kerana dua lelaki tersebut telah merakamkan perlakuan mereka itu.
Kedua-dua penjenayah muda itu ditangkap apabila gambar-gambar yang dirakam semasa kejadian itu telah disebarkan.
Kesemua gambar itu telah tersebar sehingga sampai ke pengetahuan guru disiplin dan dua perogol serta mangsa telah dipanggil ke pejabat. Kejadian rogol berkenaan berlaku pada 1 April ketika dua suspek memanggil mangsa ke pondok kecil di belakang sekolah dengan alasan mahu adakan perbincangan.
Tiba di tempat itu, dua suspek menariknya ke dalam pondok sebelum mengunci pintu dan mengambil giliran merogolnya. Kemudian, mereka mengugut akan mencederakan mangsa jika dia memberitahu sesiapa tentang insiden itu.
Mereka malah sempat merakamkan aksi rogol itu dan kesemuanya tersebar pada 5 Julai lalu. Polis telah pun menahan kedua-dua lelaki untuk siasatan lanjut sementara mangsa dihantar hospital untuk pemeriksaan.