Disebabkan ‘berasmara dana’ di tempat kerja, seorang pengurus dan pekerja muda di pasar raya besar Tesco Norwich, England terpaksa diberhentikan kerana berkelakuan sumbang.
a terbongkar setelah satu rakaman video aksi ‘mesra’ mereka di pejabat telah tular menerusi laman sosial Twitter sejak kelmarin selepas dimuat naik oleh pengguna akaun bernama CallumManship.
Menurut portal berita The Sun , aksi pengurus pasar raya berkenaan, Neville Fox, 35 dan Caitlyn Kirby, 19, telah kebetulan dirakam oleh sekumpuan lelaki melalui tingkap di bilik kakitangan premis berkenaan.
Apabila sudah ‘kantoi’, pelbagai alasan diberikan oleh gadis itu dan antaranya ialah dia memberitahu bahawa Fox telah memutuskan hubungannya dengaan seorang pengurus pasar raya cawangan sama yang berusia 54 tahun.
Ini kemudian membuatkan dirinya berada dalam keadaan terumbang-ambing.
Fox telah memberitahu portal The Sun bahawa dia langsung tidak berkata apa-apa kepada gadis muda itu.
Saya tak akan cakap apa-apa. Saya tak akan beri komen.
Tesco akan mengulas yang sepatutnya seperti apa yang mereka lihat dan kita tetap dengan pendirian. Tidak benar saya dipecat. Saya tidak akan bercakap apa-apa lagi,katanya.