Pasangan pengantin dari negara ini biasanya wajib ‘dikenakan’ dengan permainan yang agak kurang ajar, sama ada melucutkan pakaian di hadapan tetamu sehinggalah dipaksa bermain dengan pisang bersama-sama pasangan.
Satu rakaman video terbaharu dari media China menunjukkan satu pasangan yang telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks di hadapan semua tetamu mereka.
Pada awal klip berdurasi dua minit itu, pengantin perempuan dan pengantin lelaki baring di bawah selimut merah ‘bertuah’, dalam keadaan separa bogel.
Bilik tidur perkahwinan mereka malahan dihiasi dengan pelbagai perhiasan merah, yang merupakan ‘warna bertuah’ bagi masyarakat di China.
Kemudian, beberapa tetamu wanita meminta pasangan untuk menanggalkan seluar mereka.
Sepasang sarung kaki kelabu, dipercayai milik pengantin perempuan, telah diambil oleh rakannya yang kelihatan terlajak teruja.Pengantin perempuan itu kemudiannya menyerahkan seluar berwarna merah miliknya kepada rakannya.
Selepas beberapa ketika, pengantin lelaki ikut serta menyerahkan seluar hitamnya kepada para tetamu.
Di bawah tekanan daripada tetamu mereka, pasangan yang bertelanjang bulat itu memeluk antara satu sama lain di atas katil.
Tetapi tetamu mereka masih tidak berpuas hati.
“Panjat badannya sekarang!” arah seorang tetamu perempuan.
Seorang lagi tetamu perempuan walaupun dilihat menarik paha pengantin perempuan untuk memaksa beliau meletakkannya di atas pengantin lelaki.
“Adakah kamu berdua melekat antara satu sama lain?” soal tetamu lain.