Sepasang kekasih ditangkap penduduk tempatan selepas dikesan melakukan seks di dalam masjid di Salatiga, Semarang, Jumaat lalu.
Rakaman CCTV Berada Di Pautan Akhir Artikel
Tribun News melaporkan, pasangan terbabit disyaki pernah melakukan perkara tidak senonoh beberapa kali sebelumnya berdasarkan penemuan kondom berhampiran almari telekung di ruang solat wanita.
Susulan itu, pihak masjid At Taqwa memasang kamera keselamatan tertutup yang akhirnya berjaya merakam perbuatan tidak senonoh itu pada 9 April lalu.
Menurut merdeka.com, lelaki berusia 23 tahun dan perempuan berusia 22 tahun itu ditangkap pada 13 April lalu selepas sekali lagi kembali ke masjid berkenaan, dipercayai untuk melakukan seks lagi.
Sebelum dicekup, pasangan berkenaan dikatakan cuba melarikan diri sehingga berlaku aksi kejar mengejar dengan beberapa penduduk kampaung.