Fakta menarik disebalik video panas budak dengan wanita dewasa|Ibu izin Anak buat video panas dengan wanita dewasa|JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada Sabtu mengesahkan rakaman video lucah kanak-kanak yang ditemukan minggu lalu turut melibatkan ibu salah seorang mangsa.
Hasil analisis polis Indonesia terhadap video pornografi kanak-kanak yang tersebar itu menunjukkan rakaman video tersebut turut disaksikan ibu kepada salah seorang mangsa kanak-kanak terlibat.
Menurut Pengarah Jenayah Am Polis Daerah Jakarta Barat, Umar Surya Fana, ibu mangsa berkenaan didakwa turut mengarahkan babak dan adegan ketika pembikinan filem lucah tersebut.
“Daripada bahasa percakapan di antara anak dengan salah seorang wanita di dalam video berkenaan, dipercayai dia ialah ibu kandung kanak-kanak itu sendiri.
“Di satu lokasi kejadian, ibu kandungnya ada di dalam bilik menyaksikan, malah mengarahkan anaknya sendiri (untuk melakonkan babak lucah),” kata Umar Surya Fana yang dipetik daripada portal BBC Indonesia.
Minggu lalu, warga Indonesia dikejutkan dengan penyebaran video pornografi kanak-kanak yang dilakukan beberapa budak lelaki dipercayai berusia sekitar 10 hingga 12 tahun dengan seorang perempuan dewasa.
Para penggiat anti kekerasan seksual terhadap kanak-kanak berkata penemuan video pornografi kanak-kanak itu mendedahkan wujud sindiket yang dipercayai cuba “mempromosi hubungan seksual antara anak-anak dengan orang dewasa”.
Penyiasat Indonesia berkata daripada keputusan analisis terhadap video berkenaan, mangsa kanak-kanak dipercayai anak-anak jalanan berusia di antara 7 hingga 13 tahun yang bergelandangan di ibu kota itu.
Pihak berkuasa turut menyerbu dua buah hotel di Bandung yang dipercayai menjadi lokasi penggambaran video berkenaan.
Video lucah itu dipercayai disasarkan kepada golongan pedofil, namun tidak dapat dipastikan sama ada akan dijual hanya kepada warga tempatan atau luar negara.
LAPORAN TERDAHULU
Video Panas Budak Dengan Wanita Dewasa Tular
Sepang seminggu yang lalu, kecoh di media sosial Indonesia mengenai dua video tular yang menunjukkan adegan ranjang antara seorang wanita dewasa dengan murid sekolah rendah, menyebabkan siasatan secara meluas dijalankan oleh pihak polis.
Menurut laporan media, salah satu video itu menunjukkan wanita tersebut melakukan hubungan seks dengan budak lelaki bawah umur, sementara satu lagi video menunjukkan aksi ranjang antara dia dengan budak lelaki yang sama serta seorang lagi budak lelaki.
Dalam video tersebut kedengaran mereka bercakap dalam bahasa Sunda, bahasa ibunda untuk majoriti Jawa Barat, mendorong polis di sana untuk melakukan siasatan.
Hari ini, mereka mengumumkan penemuan awal ke atas video tersebut, yang mereka percaya telah diambil beberapa bulan lalu di kota Bandung.
“Kami meramalkan (rakaman) pada bulan November. Tentunya tidak dibuat pada bulan Disember,” kata Ketua Polis Jenderal Jawa Barat, Agung Budi Maryoto, memetik Detik, Jumaat.
Identiti individu dalam video itu belum dikenal pasti, tetapi pihak polis telah menemui dua hotel di mana video tersebut dirakamkan dan menyoal siasat kakitangannya.
“Biasanya orang yang mendaftar masuk (ke hotel) meninggalkan pengenalan mereka. Kami akan melihatnya,” kata Agung.
Walaupun belum ada penangkapan, wanita itu atau orang dewasa lain yang mungkin terlibat dalam pengeluaran video ini akan didakwa dengan penderaan seksual kanak-kanak di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak Indonesia, yang boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara.
Mereka juga mungkin didakwa sebagai melanggar undang-undang anti-pornografi yang ketat di Indonesia. Polis masih belum mengenal pasti siapa yang mula-mula memuat naik video itu dalam talian.