Menurut Shanghaiist, si bekas suami telah menegur bekas isterinya dan memulakan pergaduhan di antara mereka berdua. Dia secara tiba-tiba menampar wajah wanita tersebut dan berkata, “Aku yang belikan telefon itu untuk kau! Bengang dengan kata-kata dari bekas suaminya, wanita tersebut bertindak mencampak telefonnya ke lantai sebagai cara biadap untuk mengembalikan telefon tersebut kepada lelaki itu.
Tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakannya tadi, bekas suami wanita itu menyambung, “Baju yang kau pakai itu pun aku yang belikan!”Sebagai respon kepada kata-kata lelaki itu, tak semena-mena si bekas isteri mula menanggalkan pakaian yang dipakainya untuk mengembalikan baju tersebut kepada bekas suami. Gilalah
Rakaman video tersebut telah menarik perhatian netizen di China yang menunjukkan imej wanita berkenaan membogelkan dirinya di tengah-tengah pusat membeli belah sambil disaksikan bekas suami dan orang lalu lalang yang terkejut dengan tindakan melulu wanita itu. Tak tahu malu betul!
Bekas suami wanita itu telah cuba untuk menahan wanita tersebut dari menanggalkan pakaiannya, namun usahanya gagal apabila rakaman video tersebut menunjukkan wanita berkenaan sedang menunggu di lif dalam keadaan bogel.
Beberapa orang wanita lain yang sedar akan keadaan wanita malang itu cepat-cepat melindunginya dari pandangan orang ramai dengan memakaikan jaket ke tubuhnya.
Agak-agaklah kalau nak bergaduh dekat tempat awam macam ni. Sampai berbogel pulak tu! Harap tak ada yang tiru. Malu orang ramai tengok.