Peserta kecewa Sebuah Majlis yang dianjurkan di Bangkok baru-baru ini dikatakan untuk sesi menuntut ilmu dicemari tarian gadis seksi yang menjolok mata.
Mesyuarat antara peserta kumpulan tertinggi organisasi yang pernah menjadi kontroversi beberapa bulan lalu itu dianjurkan di ibu negara jiran kita iaitu Thailand
Dalam video yang dirakam sumber kami, kelihatan beberapa penari berpakaian menjolok mata menari diatas pentas dan ada beberapa penari juga menari berdekatan meja peserta.
Program ini dihadiri oleh beberapa ahli perniagaan dan individu-individu yang mempunyai nama di Malaysia dan rata-ratanya beragama Islam.
Namun tindakan penganjur menyelitkan persembahan sebegitu menyebabkan beberapa peserta kecewa kerana tidak menjaga sensitiviti agama.